Monday, December 29, 2008
Sunday, December 28, 2008
5 JUARA
norman n memey..pe kes???
BERITA tangkapan berkhalwat bintang utama siri Gerak Khas, Norman Hakim dengan pelakon baru, Memey Suhaiza pada 30 Oktober jam 3 pagi di Ukay Perdana, sedikit sebanyak berjaya membongkar perhubungan sulit yang terjalin antara dua bintang yang digilap oleh Datuk Yusof Haslam itu, sekali pun sebelum ini kedua-duanya bermati-matian menafikan pernah menjalin hubungan intim.Desas-desus sebelum ini mendakwa Norman sudah berkahwin dengan Memey di sempadan Thailand, namun dia menafikan dengan sekeras-kerasnya gosip liar itu. Sama ada Norman dan Memey bakal berdepan hukuman kerana berkhalwat atau dibebaskan, biar pihak mahkamah menentukan.Begitu juga nasib rumah tangga Norman apabila Abby dilaporkan turut berusaha menuntut fasakh di mahkamah syariah dan mendesak suaminya itu supaya menceraikannya.Kebanyakan media massa terbitan 4 November lalu melaporkan hubungan Norman dengan Memey sekadar teman profesional. Merujuk kepada salah satu laporan berkenaan, kata Norman: “Kalau Memey bukan artis, saya pasti perkara ini tidak menjadi spekulasi. Saya mengaku memberitahu Memey jangan beri sebarang kenyataan media kerana takut bercanggah
Memey |
“Saya benar-benar berasa terhina, apa lagi ketika orang lain beranggapan kami sedang bersandiwara. Saya tidak berniat untuk ‘menegakkan benang yang basah’, sebaliknya cuba untuk ‘menarik rambut dalam tepung’. Memey seorang artis baru yang terlalu naif mengenai selok-belok industri hiburan. Saya tak nafikan dalam hal sekarang, saya cuba pertahankan Memey. Dia pun ada mak ayah. Malu keluarga dia nanti.”
ternyata, dalam situasi demikian, Norman tetap membela Memey sehingga Abby berasakan dirinya sudah tidak ada tempat di hati Norman! Istimewa sangat ke Memey dalam hidup Norman? Bagi mendapatkan jawapan kepada soalan itu, penulis ‘menerjah’ Norman di lokasi drama bersiri Gerak Khas di Bukit Antarabangsa, baru-baru ini.
Terpaksa buat penafian pada media
“Faktanya, saya mengenali Memey bermula dengan penggambaran drama Pasrah. Selepas penggambaran drama itu berakhir, kami jarang bertemu, tapi ada ketikanya saya dan Memey berhubung apabila saya perhatikan, Memey sama seperti gadis lain yang pernah saya kenal. Tapi, semakin mengenali dirinya, saya perhatikan Memey - beauty with the brain.
Dalam rumah tangga, ada pasang surutnya. Pada masa sama, saya mengenali Memey. Namun, saya minta maaf apabila terpaksa membuat penafian kepada media kerana saya sudah faham dengan industri hiburan kita. Kalau kita mengiyakan, macam-macam spekulasi akan timbul. Saya tidak mahu perkara itu mengguris hati dan perasaan Abby.Kami mudah berkomunikasi dan ada sesuatu dalam diri Memey membuatkan saya senang untuk bekerja dan ada potensi dalam dirinya untuk sama-sama menguruskan syarikat (MDH Trading & Services). Memey juga memahami visi saya untuk mencapai wawasan. Saya perhatikan, Memey boleh mengikut rentak saya. Baik atau buruk diri saya, dia boleh faham.”
Abby menemui suaminya di lokasi pengambaran drama untuk menuntut cerai. |
Memey bukan punca keretakan
Pada ketika saya berdepan pasang surut rumah tangga, Memey berada di sisi saya. Namun, saya tidak boleh meletakkan dirinya sebagai punca keretakan atau pasang surut rumah tangga saya dan Abby. Memey tidak ada kena mengena. Sekiranya saya berdepan dengan pasang surut rumah tangga, tapi anak-anak masih ada, mereka tetap memerlukan perhatian dan kasih sayang saya.
ada masa-masanya, Memey faham dengan masalah yang sedang saya hadapi. Perhatian Memey terhadap diri saya membuatkan diri ini lebih dihargai. Saya mengaku kesilapan saya, saya terpaksa membuat penafian kepada media. Perhubungan saya dan Memey tidak keterlaluan seperti yang disangka, sebaliknya atas dasar memahami antara satu sama lain, saya tidak menafikannya.Selepas kejadian diserbu sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 30 Oktober, saya mengaku kesalahan saya. Apa saja penjelasan saya, perkara sudah berlaku.”“Perasaan sayang itu memang ada. Apabila Memey boleh memahami diri saya dan sedia membantu dalam perniagaan, saya tak nafikan, wujud sekelumit rasa sayang terhadap dirinya. Namun, saya tidak pernah berniat untuk menduakan Abby kerana dia bukan penyebab. Sekalipun terbit rasa sayang terhadap Memey, namun tanggung jawab saya sebagai suami dan ayah kepada rumah tangga serta anak-anak tak pernah diabaikan.Sekiranya saya hendak bercerita apa sebenarnya yang berlaku antara saya dan Abby, tidak manis untuk pengetahuan umum, lebih-lebih lagi kepada keadaan yang berlaku sekarang ini.”
Cuba pertahan rumah tangga dengan Abby
“Dalam situasi sekarang apabila perkara sudah berlaku, segala-galanya berkemungkinan. Sebabnya saya perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku. Saya perlu menjaga maruah keluarga dan dalam masa sama maruah keluarga Memey. Kemungkinan saya memperisterikannya, semuanya kuasa Allah, saya tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.Begitu juga antara saya dan Abby, semuanya ketentuan Allah. Sebagai manusia, kita cuba merancang yang terbaik, kadang-kadang Tuhan menduga kita. Namun, saya akan tetap cuba mempertahankan rumah tangga saya dan Abby demi kebahagiaan anak-anak. Saya tak boleh hidup tanpa anak-anak.Kehidupan perlu diteruskan kerana setiap apa yang berlaku sudah tertulis. Tapi, saya ada bercakap dengan Memey, biarlah saya seorang saja yang buat kenyataan media kerana saya khuatir akan berlaku percanggahan. Pada masa sama, saya tak boleh membiarkan Memey menangani perkara ini sendiri. Saya harus menjelaskan keadaan sebenar kepada keluarganya.Saya seboleh mungkin ingin mempertahankan rumah tangga demi anak-anak yang sedang membesar. Sekiranya pintu hati Abby benar-benar sudah tertutup untuk saya, saya berserah kepada Allah. Sebagai manusia, saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kekurangan. Saya perlu terima kenyataan, harus tabah dan kuat. Walaupun masyarakat mencemuh, saya telan, perjuangan tetap diteruskan.Saya perlu bekerja kerana masih ada anak-anak dan tanggungan lain. Walau apapun yang akan berlaku selepas ini, antara saya dan Abby, antara saya serta Memey, saya akan rancang dan buat yang terbaik untuk masa depan.”
Minta ruang perbetulkan diri
“Saya menjalin perhubungan dengan Memey sebenarnya bukan satu kesalahan, tapi apa yang berlaku sekarang ini (merujuk kepada kes tangkapan khalwat dengan Memey), ia satu pengajaran kepada diri saya dan masyarakat.Saya sebagai selebriti perlu menjadikan kejadian ini sebagai iktibar supaya sentiasa beringat kerana kadang-kadang kita terlupa. Diri kita banyak mata yang memandang.Bagi mengharungi masa depan, saya perlu berhati-hati. Buat masa ini saya akur dengan kesalahan. Biarlah pihak Jais dan pihak mahkamah menentukan sama ada saya dan Memey bersalah atau sebaliknya.Sekalipun saya cuba mempertahankan diri, namun perspektif masyarakat, saya tak mampu mengubahnya. Sekiranya masyarakat terus menghukum saya, terpulanglah kepada mereka.Walau apapun yang bakal terjadi dalam rumah tangga saya dan Abby, saya tetap ayah kepada anak-anak. Biarpun saya ada hak membela diri, tapi kalau orang tak nak percaya, saya tak boleh memaksa mereka. Berilah ruang saya memperbetulkan kedudukan diri."
Hati Abby dah tertutup
ISTERI mana yang boleh menahan sabar apabila mendapat berita mengejutkan apabila suaminya ditangkap khalwat dengan gadis lain yang lebih muda daripadanya, apatah lagi selama ini suaminya tidak pernah mengaku malah sanggup bersumpah menafikan dia ada hubungan dengan gadis berkenaan,Namun, akhirnya tembelang suami pecah juga. Remuk hati Abby Abadi dengan peristiwa itu lalu dia bertindak nekad untuk menuntut cerai daripada suaminya, Norman Hakim.Permohonan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur tidak berjaya kerana Abby tidak mengemukakan dokumen lengkap dan kini beliau dikatakan sedang mengumpul dokumen bagi menuntut perceraian daripada Norman.Seperti dilaporkan Harian Metro pada Khamis lalu, Abby mengakui, dia tidak mahu lagi hidup bersama suaminya itu meskipun mahligai bahagia yang dibina sejak 11 Januari 2002 menzahirkan tiga cahaya mata comel.“Hati saya benar-benar sudah tertutup. Walaupun Norman cuba memujuk, saya tetap mahu meneruskan tuntutan cerai. Hati saya sekarang benar-benar tertutup untuknya,” kata Abby sambil mempersoalkan sikap Norman yang dikatakan tidak menolak kemungkinan menjadikan Memey sebagai isteri kedua.“Mampukah dia beristeri dua, isteri yang ada ini pun tidak terjaga,” kata Abby yang amat kecewa kerana pengorbanannya selama hidup dengan Norman tidak dihargai.“Selama tujuh tahun kami berkahwin saya sanggup berkorban segala-galanya untuk dia. Saya bersusah payah untuknya tetapi dia tidak pernah bersusah payah untuk saya,” kata Abby. Norman dan Abby pernah bercerai pada Mei 2006 dan seminggu selepas lafaz cerai, mereka rujuk semula.Pada Isnin lalu juga, media melaporkan tindakan Abby yang pergi ke lokasi penggambaran drama Gerak Khas menemui Norman untuk meminta cerai daripada suaminya. Insiden itu disaksikan sekumpulan wartawan dan krew penggambaran."Ceraikan saya di sini juga, di depan wartawan sekarang ini juga," jerit Abby dalam nada tegas dan penuh emosi di lokasi penggambaran drama itu berdekatan Carrefour, Wangsa Maju pada 3 November lalu.Bagaimanapun, Norman cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan dan berlalu seketika daripada penglihatan rakan media, tanpa berkata apa-apa. Cukup dramatik melihat adegan yang membabitkan mereka.
mawi dan ekin??
Huhuhu..aku n mmg bkn minat sgt pon kat mawi nie..tapi sjer nk tulis dalam blog nie pasal nie..mmg cam bes wedding mawi nie..ak rase ni la wedding of da year..dengan segale persiapan yg mawi bwt mmg grand la sesangat and ak rase siti pon kalah..sampai 3 kali bersanding..mmg kayer r mawi nie..tapi ape pon..ekin mmg cantik,just tak ske klu makeup tebal sangt..bes tengok time kat taib andak nie..mawi dan ekin pakai baju jawa..lawa kaler pon cantik..mmg vast r..kaler merah die punyer tmpt yg palong penting kek die dengan struktur yg amat pelik..mmg pelik sgt pon ader bunge ros besepah kat atas keke..tp mmg cantik..pulut kuning pon cantik mase mawi potong..bagus tak tiru org putih..potong kek..ramai gler org datang..bayang r..mawi dan ekin gi felda taib andak naik helikopter..fuyoo..aku pon nak kawin cam 2 r..hak3..lawak plak ak tengok bile along ngan zila jadi pengapit mawi dan ekin..tak sangke gak zila 2 kawin ngan along..ekin n mawi nie mmg secocok coz dua12 mmg ske bwt lawak..mase naik merc gi tmpt sanding ekin yg bawak keter..bukan mawi..mmg la coz mawi maner ader lesen..memang majlis resepsi paling besh..hak3..makan pulut kulit cantik??ntah abby fana cakap..hish..ak la klu kawin cam nie konpem bankrap..tungggu la ak jadi artis nanti..hak3..berangan ak nie..ape pon..kepade mawi n ekin selamat bersanding..
hiSteRia..aRgHhh..
Ni la cter terbaru yg ak dan tengok kat wayang minggu lepas..hermm..seram r jugak en cter nie..pasal kat asrama ngan bdk2 nakal..n mulut celupar..huhuhu..cam ak jer..hah..ak salute r kat james lee coz dpt wat cter an2 melayu yg besh tahap bendang..mmg sound die bes..takot jugak r..teringat plak mase dok kat asrama intep 2..byk gak cter an2 yg ak dengar tp ak tak alami..naseb baek r en..cam cter an2 toyol kat belakang isyad..saper nmpak ek??pakcik kot..pas2 nampak lembage kecil dgn mate merah 2 lari bertempiaran pas pakcik nampak bende 2 kat blakang isyad..kecah ader org nmpak bayi bergayut kat dorm muawiyah..dorm ak 2..kat katil depan..naseb ak kat dorm ujung..n yg paling aku tak bley lupe kesah org minyak nk datang sekolah..sa2 asrama menggelatat cam gaban..punyer la takot sampai pin2 dorm tutup awal,bace yasin dalam dorm..dengar cetr org minyak 2 dari kuantan menghale ke peka tuk cari mangse yg berikutnye untuk lengkappkan ilmu die..hermm..buakan maen kiteorg pkai baju terbalik r..tdo melintang..yg paling ak tak bley terime ader plak yg kater ade salah sorng ahli die gay..gler ak kate..bdk aspure pon pe lagi ader yg berjage bergilir..pki baju terbalik mase tdo..n ader yg tdo kat bwh ramai-ramai..mmg hampas..sampai ustaz pon datang dorm bace ape tah tabur kat setiap bucu dorm..dulu ader ghostbuster intep..mmg lawak,dieorg g skolah wak2 mlm..nk cari an2..ramai gak yg dapat jmpe an2 kat skolah..tapi akhirnya pasukan ni telah dibubarkan akibat kantoi ngan cikgu..hak3..tapikan kan kat skolah takderla org yg mati cam nie..klu tak ak pon kuar skolah agaknyer..ader cter kat aspuri budak nie sokmo jumpe an2 wak2 stayup..mmg kat aspuri byk bende2..ader yg nampak n dengar loker ader org ketuk dari dalam..ader jugak yg mase tdo ader dengar bende hanger jatuh tapi takder org pon..semua hanger yg ader gantung dekat kepale katil jatuh satu satu..kene tindih tak payah cakap r..mmg sokmo jadi..ader skali nampak kat aspuri nampak bende tibe2 jadi ustazah..melompat dari aras 2 aspuri pas2 msk aras dua aspura gi kat dorm abu hurairah..hilang..lagi satu mase besday nizam@adek azrol..mlm besday die dak form 3 gi kejar nizam sampai padang skolah..tibe2 ader budak dr aras dua nampak ader sorang kejar tapi takder kepale..huhuhuuh..dak2 nie dah kacau tempat duduk bnd 2..hish..mls aku cter dah..takot r..
lisda n fauzi menang..nasib baik..
Kehangatan malam ini menjadi saksi kemenangan pasangan Lisda & Fauzi. Setelah berjuang selama sepuluh minggu akhirnya malam ini pasangan Lisda & Fauzi telah dinobatkan sebagai Juara Sehati Berdansa musim kedua dalam Kemuncak Sehati Berdansa yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya menjadi saksi segalanya. Kehangatan Kemuncak Sehati Berdansa pastinya menjadi memori indah buat semua yang hadir. Kedua-dua pasangan selebriti berjaya menampilkan persembahan yang cukup istimewa setanding dengan penari-penari profesional.
Walaubagaimanapun, nasib lebih menyebelahi pasangan Lisda & Fauzi. Gerak tari yang dipersembahkan oleh pasangan suami ini nampaknya berjaya memukau para penonton malam ini sekaligus membolehkan mereka memperoleh peratusan undian sms tertinggi berbanding pasangan Amyza & Khairil.
Berikut adalah peratusan undian yang berjaya diperoleh oleh kedua-dua pasangan selebriti selepas undian ditutup sebentar tadi.
Lisda & Fauzi 67.10%
Amyza & Khairil 32.90%
Pasangan Lisda & Fauzi selaku Juara Sehati Berdansa musim kedua berjaya membawa pulang sebuah kereta Kia Optima, pakej percutian ke Eropah Tengah untuk dua orang sumbangan Golden Deluxe Travel Service Agency Sdn. Bhd., barangan hamper dan juga Trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro.
Mereka yang turut mewakili badan kebajikan Rumah Nur Salam menyerahkan replika cek bernilai RM15000 kepada wakil badan amal tersebut, YM Raja Azizan Suhaimi Raja Abdul Latif.
Kemenangan Lisda & Fauzi sekaligus menobatkan Ray sebagai Juara kareografer yang akan membawa pulang pakej percutian ke Jepun untuk dua orang sumbangan Golden Deluxe Travel Service Agency Sdn. Bhd, barangan hamper serta trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro.
Ini sekaligus menandakan pasangan Amyza & Khairil serta koreografer mereka secara automatik menjadi Naib Juara Sehati Berdansa musim Kedua serta Naib Juara koreografer yang akan membawa pulang barangan hamper dan Trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro selain berjaya mengumpul dana sebanyak RM10000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia.
Dengan itu terjawablah sudah segala persoalan. Kemuncak Sehati Berdansa telah melabuhkan tirainya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah mengundi dan sekaligus membantu badan-badan amal yang telah diwakili oleh kesemua pasangan selebriti sepanjang Sehati Berdansa musim kedua berlangsung.
fuh..lege gler aku yg menang lisda n fauzi berbaloi aku undi dieorg,klu amyza menang mlm tadi mmg aku hentam kat @15..ak dah agak dah voters khai n rosma gi undi lisda..mmg nampak sgt amyza 2 tak bes..bkn nk kutuk tapi laki die tak bes maner..bes khai ngan rosam lagi..patut die g final..baru r sengit skit..ak tak tau la saper undi amyza..bute mate ke bute hati..mmg konpius ak nie..tak dapat terima ngan otak..melainkan die undi diri sendiri baru la ak bley trime skit..herm..pe la..nie nak mule balik r penonton tak knl yg maner intan yg maner kace..yg berkualiti dah ader depan mate..nk jugak amik yg kurang dari 2..herm..kepada sesape yg tergeram ngan blog ak nie..sorry r sensangat coz ak just mencampakkan pandangan ak yg rabun nie..
aku dan F.A..
ermm..mmg citer2 aku nak jugak r ajdik flight attendent..cam syok jer keje nie..hak3..pe pon mmg seswai la aku rase coz ak nie kan ske bende2 yg cam glamour skit..hak3..aku plng tertarik ngan suit F.A laki..mmg smart..dah la kaler mmg yg ak ske sgt..aku mmg terpengaruh sunnguh r ngan cter awan dania yg scha brlkon..mmg syok tengok..besh r edup cam dieorg..yg ku idamkan yg aku impikn..tak pon aku mmg nak gak jadi ahli farmasi nie pon cm bes gak..ske btol ak kat fifi dalam cter awan dania 2..lakonan umi nazeera..mmg lawa r die 2..cute n lovely..hak3..mmg semua watak besh..gee,iman..semua vouge da vast..ak mmg tak penah miss r tengok awan dania setiap senin..conpem ak dok depan tv stat kul 9.00..doakan r ak dpt capai pe yg ku mahu..ku ingin terbang tinggi di awan..hak3..nyanyi sendiri..lagu nie pon dah jadi ak pnyer ringtone and meseg alert..besh..