Followers

Showing posts with label Tolong aku. Show all posts
Showing posts with label Tolong aku. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

. Hilang Kemaluanku .

Salam bloggers. Ini post ringkas dan sangat laju untuk hari ni yep.
Bila aku cakap hilang kemaluan ni ;

Jgn pikir benda lain ok. aku babap kang !

Kan hari ni hari Sabtu, so aku bangun awal dan keadaan kolej sangat sunyi. Aku bajet2 lah semua budak2 keluar g lepak2 kat Econsave ke Mydin ke sbb cuti kan.
So, bg mengelak kesunyian aku bukak video-video, lepas tu karok sekuat hati sepenoh perasaan, mase tu aku nyanyi lagu Keristina Agulera.
"would you tell me I'm was wrong . . .bla . . bla . . "


Tup-tup- tup rupenye sblm aku berkarok tadi, lepas aku gi tandas aku lupe nk kunci pintu bilik, masa aku tengah nyanyi, feeling-feeling tengah nak hit note-note Meriah Kerey, tibe angin tiup & terbukak pintu bilik aku seluas alam, dengan timing yg celaka ada sorang orang lalu, pastu pandang aku macam ;


aku lepas tu ape lagi kann ;

terus feeling cantik buat2 mcm takde ape yg berlaku pon tadi.
padahal dlm hati aku perghhh malu laa celaka, dah laa aku menjerit cam haram tadi dgn suara good morning nye.

image
Uwaaaaaaa, malu nye aku !!! =.=

Friday, October 21, 2011

. BlackBerry Memang Hampeh .

pissed off takk muke gua?

Ok,. aku tengah maha pissed off dengan BB aku sekarang ni, bukan sekali dua dia mempermainkan perasaan aku, taktahu la kalau aku ganas sangat ke memicit keypad, tp aku rasa takk pon. dah banyak kali dah ni, hazaaab pnyer BB, nak kate aku beli China punye, takk pulak sbb mmg aku beli ori. Marahnya aku ! sebab BB ni, aku selalu je bad mood sorang. Huh !

lahabau punyer BB

aku naik angin bersebab bulan lepas BB aku pnye keypad rosak sebijik. Hurup A kannot picit. aku bajet boleh tuka keypad yg 10 hengget mcm pakai Nokia 3310, rupenye tak. sebijik keypad tukar RM 160, tak menyirap? aku dengar je RM 160 aku rasa panas sial.

hoi, tak kelakar lah mahal mcm tuh !

Sirap tak sirap aku suruh bapak aku hantar kdai. lepas tu elok lahh sikit. Lege sikit guna. Tapi tadi, jadi HaramJadah balik. aku tekan-tekan, Keypad E pulak tak bole pakai. bile aku tau dia rosak lagi aku rse mcm. . .&^&^*()*)(*

siot kau rosak lagi, celaka pnyer BB !

Aku dah feeling nak hentak BB tadi. pastu aku sms abah cakap hset rosak. Pastu dengan laju abah reply cakap " hantar lah baiki" . aku cm mengeluh and cakap.

Oh God no ! pokai la klu sebijik keypad dekat 200 hengget. Taknak lahh

pastu abah aku reply lagi "hantar je kedai, nnti abah bayar laa baiki tu". aku pon reply cakap "ok, nnti tengok lah kdai mana yg bole baiki murah". Then abah reply lagi "Ke nak tukar yg lain?" aku baca rasa mcm ;

Omaigot, omaigot ! happy gile siot ! yaaaawy!

tp dengan tenang aku reply "banyak duit nak beli baru." then abah reply "nanti abah support lahh". pastu aku lagi lahhh wooooot woooot.

I'm super dupper happy gila babi !!

Ni esok abah suruh balik umah untuk usha henset baru. tapi aku tak suka henset kat Seremban, harga cam haramJa sangat mahal. aku feeling2 nak dapat HTC, hahaha.


<< next page >>

. Manusia Tanpa Organ? .

Yellow-yellow semua nya aduhai pun kawan-kawan. lama kan takk bukak blog ni, bersawang dan terlalu aib aku nak bukak. So, hari ni free sikit so aku dah baiki semua kebocoran dlm blog ni dan taadaaa, hasilnya muncul lah bende baru sikit kat interface blog aku tak giteww kan? HAHAHA, ok rasa cam lame plak bgtahu bende nie. agak cengkewrik disitu~

aku rasa loosah sial, geram aku. Rawwwr !

ok fine ! nak dijadikan cerhite ni hah. selase lepas adelah minggu Kesedaran Pendermaan Organ kt UKM kerjasama dgn Kementerian Kesihatan. Ada seminar, aku pun dengan rase kuriuss yg hamat tinggi pergi seminar tuh. Ak dan Ninot serta Ejah masuk bilik seminar kat Kolej Kris Mas dalam pukul 9.00 pagi sambil dibagi goodie bagi. akceli seminar start 8.30 pagi, tp tunggu wanita mmg lambat. Grrrrrr.

cepatlahh siap, mmg mintak aku mengaum kan !

Sumpah weyh banyak jugak ilmu yg dapat aku sedut dengan seminar ni, mule2 aku mmg geli/afred/kurius semua ade derr, sbb aku mmg takde ilmu pasal derma organ ni. bile dengar seminar yg dibagi oleh pakar, Dr , Wakil badan agama Islam & Pengalaman orang fuhhhh baru aku tahu penting gila derma organ ni.

terkezut aku, byk ilmu dpt hari ni. Feeling educated siak.

tapi bile part kongsi kisah & rasa drpd org yg terima organ & keluarga penderma organ rase nak menangis laju-laju bile dengar citer org2 yg perlu organ ni, tapi haruslahh aku cover yer. huuuuuuu sedih wooo #serius .

Huwaaa, sedih. naseb i tak hentak kepala kt kerusi hari tu. i tak tahan sedih.

yg aku belajar pendermaan organ semasa hidup tidak digalakkan, tapi derma organ selepas mati amat digalakan. Bole derma 4 jenis organ ; jantung, hati, paru-paru, buah pinggang n 4 jenis tissue ; tulang, kulit, injap jantung, kornea. Rasa cm educated plak aku rse bile explain bnd2 cmni. aku rasa cam nak jadi Pengikrar Penderma Organ, nak tnya famili dulu la tpnye. Anda bila lagi ? banyangkan bila anda yg perlukan organ, dermalah organ demi sebuah kehidupan.

So, Dermalah Organ ;D

Wednesday, October 19, 2011

. Wordless Wednesday.


I JUST DON'T KNOW WHAT WILL HAPPEN NEXT . . .
LIFE IS UNPREDICTABLE


Tuesday, September 27, 2011

. Rambut Ku Rambut Ku .

Before. Masa tengah2 sibuk dengan Bulan Mesra Pelajar KDO, UKM. Panjang kann. Semua org nampak aku dgn rambut yg HIGH ni. Satu dalam sejuta !

Now cmni, pendek sikit, tp still org nampak rambut aku dulu. Walaupon dah kecil bushes, tapi still HIGH ! Hahaha, ok bosan. Busy bulan ni, esok ade Program Besar ni, okbye !

Saturday, June 25, 2011

. McD : tempat test market.


salam nan hadoo semua ! ptg ni aku nak share sikit pendapat aku pasal McD ni. siapa x pernah pergi McD angkat tangan.

"sedih aku kalo ko tak penah pergi McD"

aku rasa, McD ini adalah bukan tempat untuk melahap semata. Ini adalah tempat nak test market. paham dok test market tu gapo? alaa, aku x reti nak explain dlm bahasa melayu. hahaha.
sebab, biasanya aku perhatikan, dlm McD mesti ramai budak2 yang baya- baya aku suka lepak situ lama- lama, walaupon hanya makan sundae cone sebijik je.
duduk lama- lama nak usha aweks2 manja. HAHAHA, kannnn?
lepas tu kalau kt dlm McD jugak, mesti semua org sehabes baik cover macho dan santek. supaya market diri melambung- lambung mcm dapat Trafik dalam blog lahh gitu. HAAH

"Hai abang, market x I hari ni?"

seronok kan usha2 mamat2 hensem & adik lawa2. usha je lahh. pandang2 bagi signal nk ngorat. kalau dapat, Tahniah la. tp kalau aku buat biasanya ramai yg melekat kat kaki aku nk ikot balik. HAHAHA. mati lahh statement jahanam aku bagi ni.


aku bersama rakan2 test market jap. HAHA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




p/s : pitam lah anda yg melihat ini
beberapa keping gambar azab Nauzubillah ni.
muka kami layaknya market
di pasar ikan je kan xpon pasar tani. HAHA
[kami bergigihan buat pose Kilafairy ni. Hazzab]

Friday, June 24, 2011

. Dr. Sheikh Muszaphar : bulan depan dapat baby.


salam satu bloggers semua nya !! jelas kan ape tajuk post hari ni. Haaa, Dr. Halina iaitu merangkap bini Sheikh Muszaphar kite ni dah nk beranak. katanya Julai, maknenye bulan depan la kan? haha

"OMG, nak ade anak dah?!"

haaa, jgn nak terkejut sangatlahh, ade jugak laa anak si angkasawan kite ni kan. Aku sure anak dia comel, xde la rupe makhluk asing si alien. bapak hensem, mak santek, anak mesti outstanding laah. takkan laa anak diaorg rupe nan hadoo kann? haha. yg perempuan wanita semua, kalau ada yg simpan hasrat jahat nk tgk angkasawan kite ni bercerai n rampas tempat Dr. Halina, xpayah laa. menagis la korang . HAHAHA.

"OMG, aku xdapat terima kenyataan Sheikh Muszaphar nak ade anak dah!"



tengok lahh muke dyorg ni. bapak hepi. aku yakin, dah berapa bulan dah dyorg ni asyik sengih je sebab nak dapat anak. anak pertama plak tu. mesti bile beranak nanti, buat press conference taraf vast vast vavoom ! besar besaran lahh. tp anak dia laki/perempuan belom kompem lagi. sebab x check lagi. selamat beranak di ucapkan kepada Dr. Halina & selamat menjadi bapa kpd Dr. Sheikh Muszaphar !


Thursday, June 23, 2011

. Sejarah header blog aku.

hah, ini buat pertama kalinya aku tepekkan header2 yg pernah aku guna sebelom2 ni, buat sendiri. mesti lahh agak azabb api neraka kann? HAHAHA. tp sebab ni jugak lah, minat blogging semakin berkobar kobar ! tengok lahh. nak cerca pon boleh je, aku x marah. HAHAHA










. Bertudung : tak payah nak sanggul sangat.


"aku sebenarnya suka wanita bertudung, sungguh aku berminat, tapi jadi menyampah nak pijak sebab pakai sanggul tinggi2. nak nak pulak ni yg sanggup pakai sanggul palsu berbonggol bagai"

"sambil I posing2 manja, ini la cara2 nak pakai bonggol unta"

"jual- jual bonggol unta dua seringgit, dua seringgit"

aku tak paham dengan perempuan bertudung bersanggul besar ni, dyorg rasa santek ke mcm tu? kalau yg cakap itu mengikut trend tu meh aku pijak laju2 kat pipi kau. dah mcm ade ketumbuhan dah kat atas kepala tu aku tgk, sama besar dengan kepala. mcm alien. sepatutnya ko kelihatan ayu, cantik dan sopan dengan tudung tu. bile ade bonggol tu, SPOIL !!

"OMG, cantik ke bonggol unta tu?"

kalau yg kat kelas/ dewan kuliah tu jgn cakap lah. nak je aku tolak- tolak, gunting- gunting bonggol kat kepala tu hah. hadoiii, semak aku tengok. Eeeeeee, x cantik lahh !! kan emosi aku. tension- tension, semak mata memandang. SEMAKKKK. rasa seksi ke dengan bonggol unta tu? jangan lah rasa kami yang laki- laki ni suka dengan bonggol tu, ingat kami tergoda? TIDAKKK.

"Bajet ape ntah dengan bonggol unta tu"

jom ke link nie untuk tahu lebih lanjut : teddy

p/s : aku pon dapat maklumat yg
cakap dalam Islam sebenarnya,
mana boleh bersanggul tinggi ni.
HARAM tau. oleh itu, sama- sama lah
kita nasihatkan kalau ade member2,
saudara mara yg tinggi sangat sanggulnye tu.






Wednesday, June 22, 2011

. KPOP Malaysia : sampai senak aku gelak.

Haaa, salam bloggers. jangan tak tau Malaysia pon ade adik- adik kumpulan yang rasakan bahawa mereka K-POP ok. korean-pop sangat. lepas ni, x payah dah la nak panggil Super Junior bagai kt Malaysia kan. dah lama dah ni, cume aku baru perasan, haha. tapi adakah mereka layak digelar K-Pop?

"wahh, dah ade M-Pop ke? urmm I like"

nama kumpulan 24: 7 , wahh ala2 kumpulan 2 AM, 2 PM dahh. memang bersungguh nak kekalkan ciri- ciri K-Pop. Jom tengok gambar kumpulan ni :




[nak gambar lagi senak perut daripada dyorg ni. g GOOGLE sendiri]


Haaa, SEKSA tak ingat masing2. Mendedah semua. tayang itu ini, sungguh ciri- ciri K-Pop. setelah melihat gambar. pasti ramai gadis2 menjerit sampai menangis kann? suka tak K-Pop malaysia ni. dah ala- ala gay-pop dah. baik panggil G-Pop je. yang besatnya ada muka Jawa siap. I like. HAHA. good luck lahh ye, cuba laa survive dalam industri muzik Malaysia ni. adakah mereka ini LULUS/ TIDAK. Malaysian, anda tentukan !

"kalau boleh cari la identiti muzik sendiri. Haadoii"