Followers

Wednesday, April 27, 2011

. Konsert Super Junior Free : Ada Yg Berminat? .

Ok. ade ke yg minat SUPER JUNIOR ni? mmg gila lah kalau cakap xde yg minat kan, HAHAHA. Ini mmg berita baik untuk peminat2 group ni. Mesti ada yg sampai histeria yg tgk benda ni kan. Ni aku x tipu, betul-betul free, mmg KONSERT FREE. mesti ramai yang mcm :

Homaigod homaigod homaigod , konsert SJ freeeee !

xde charge ape2 pon. xde kene beli air mineral atau sewaktu dengannya. Korang bawak diri yg excited gile tu je. Pastu jerit laa sampai keluar anak tekak ye. Jangan lupe 28 Mei ni, ape lagi set la jadual tu, buat alarm kat henset sekali. bawak nenek skali kalau minat. maklumat lanjut tgk sumber dari Bernama tu.

Selamat Histeria semua !

pilih- pilih yg mana satu korang nak CHOP ! haha

ade sape2 rasa nak pitam sekarang?


PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Kumpulan muzik terkenal dari Korea, Super Junior M, akan mengadakan konsert percuma pada 28 Mei ini sempena Himpunan Sejuta Belia di sini.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata konsert itu bertujuan menarik lebih ramai belia menyertai sambutan yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis prapelancaran tiga segmen sempena sambutan tersebut iaitu Segmen Modal Insan, Segmen World Youth Fantasy dan Clash of the Bands, di sini Rabu.
Menyentuh segmen-segmen tersebut, Ahmad Shabery berkata di bawah Segmen Modal Insan, sebanyak 26 aktiviti dirancang termasuk khutbah Jumaat khas, Karnival Angkatan Tentera Malaysia, Karnival Polis Diraja Malaysia, Pesta Buku/Majalah dan Festival Amal Islami.
"Seramai 1,500 anggota tentera dan 500 anggota polis dijangka melibatkan diri dalam segmen ini, tidak termasuk jumlah anggota yang akan bertugas di setiap lokasi acara.
"Tadarus al-Quran berkonsepkan 1Ayat 1Quran 1Belia juga akan diadakan di mana ia melibatkan 6,326 peserta dan setiap peserta akan membaca satu potongan ayat al-Quran secara serentak. Jadi dalam masa tujuh minit seluruh ayat daripada al-Quran itu dapat digemakan," katanya.
Ahmad Shabery berkata bagi Segmen World Youth Fantasy pula, sebanyak 14 acara akan dijalankan termasuk pameran komputer dan elektronik, pameran kereta klasik dan vintaj, pameran hartanah dan perhiasan, pertandingan foto dan video, snuker 72 jam, pertunjukan tiga dimensi di bangunan pada waktu malam dan fiesta belia berbasikal.
Beliau berkata Segmen Clash of the Band pula merupakan kesinambungan daripada program yang dianjurkan sebelum ini, yang mana kumpulan muzik dari seluruh negara dijemput menyertainya dan pertandingan akhir akan diadakan pada 29 Mei.
Program yang diatur untuk sambutan tersebut bukan untuk berhibur semata-mata, sebaliknya mampu membuka minda, meningkatkan kreativiti, dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam usaha pembangunan modal insan pada kalangan belia, katanya.



SUMBER : BERNAMA

Sunday, April 24, 2011

. Asyraf Muslim : dah tak sabar nak KAHWIN .

Hello2 semua, selamat sejahtera bloggers ku syg. Nampak tak title post kali ni? Ye, Asyraf Muslim dah nak kahwin dah, x saba lahh tu.

Semalam, 23 April merupakan satu tarikh keramat buat dua tuan empunya badan iaitu Asyraf Muslim dan Noor Dayana yg selamat berTUNANG !!

sumpah sweet dua org ni. Sesuai sgt lah. comel bakal isteri.
Semoga berkekalan.

Tahniah, aku juga yakin ramai lah perempuan2 yg tengah ngetap bibir gigit jari tarik rambut sbb frust. Mane x nya, kejap lagi si Asyraf Muslim dah jadi laki org. Oh, dan perhatian, jgn la frust sgt smpai nk hantar santau, saka bagai dekat Ustaz Amirul ni ek, sebaiknya kita doakan dia semoga berkekalan ke anak cucu gitew. betul? haha

Hah, tengok. Betapa amat sungguh terlalu gembira nya muka si Asyraf ni ! wahhh

kalau nak tahu, berdasarkan beberapa sumber yg boleh dipercayai, tunang si Ustaz Amirul ni bukan calang2 beb. Bakal Doktor kot. mmg meletop la weyh.terbaik! difahamkan, Noor Dayana ni juga merupakan anak kepada tuan punya Pusat Perubatan Syifa Al- Hidayah. dengar cerita jugak, Noor Dayana ni lemah lembut, rendah diri, baik hati, kata Asyraf. Asyraf juga mengatakan bahawa mereka juga akan bernikah pada tahun ni pada 30 OGOS 2011.

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya. Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini. Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya.” - Ashraf Muslim


Saturday, April 23, 2011

. The Roomate [Review] .

uhukk uhukk *bebatuk batuk skjp. Ok peps, nak buat skit review pasal citer baru The Roomate yg baru kuar hari tu, even aku sedang ade final exam, aku tahu aku masih mampu. [aku nk tembak diri sendiri rasanya]

ok abaikan ape aku merepek, now persembahkan review aku :



al kisah seorang budak pompuan comel lote bernama Sara belajar Fesyen kat Univrsiti. Diterima masuk & Sara pon dapat bilik lahh kt Uni tu. gigih menunggu rumate baru, x jugak masuk2. So, dia g parti then baru laa dia dapat romate baru yg bernama Rebecca , seorang yg kiuk miuk, rambut Blonde, Baju mmg nk penuh smpai tumpang almari org lain, dan ade Porsche siall [x silap aku lah]
bile tgk Sara comel lote pastu tgk Rebecca plak kiut aku mcm:

"Waaaaaa, comel sial dua dua tuh !"

setelah beroomate, si Rebecca ni jadi obses dgn Sara . Pastu control hidup Sara sepenuhnya! Ini mmg horror kalau aku ade roomate cm ni. mana x nye, sape yg kacau Sara n bagi bad influence dekat Sara, semua mati kne belasah & bunuh.

"Waaa. jangan bunuh aku. aku cuak !"

Ex-boyfriend Sara si Jason pon kene bunuh, kucing pon kene bunuh, Lecturer Fesyen Sara kene buang Uni, Irene kwn baik Sara kene Ugut. Boyfriend baru Sara si Stephen pon rase lain mcm dgn pompuan tuh. Ohh baru perasan ex-boyfrend Sara dgn Boyfriend baru dia dua dua kacak sial !! current peberet pelakon aku mmg Cam Gidandet pon, aku mcm :

"Homaigod homaigod homaigod. ade Gidandet dowh !"

Klimaks bile si Sara melawan tumbuk tikam hentak dengan si Rebecca. mmg mcm org giler. ape jadi lepas tu ak xnk cite, korng tgk sendiri. Spoil laa nnti kan klu ak cite. haha, even dah spoil skit.

sumpah cite ni x ngantok, walau x de lahh horror sangat mcm SAW atau citer2 bunuh lain, bagi aku cite ni tetap best. Sbb elemen2 tu semua mmg ade dalam kehidupan seharian aku. Plus aku pon ade roomate jugak. HAHAHA. tp bukan roomate psycho laah, roomate aku rajin sangat study. ape2 lah, selamat menonton ok! ^^

Friday, April 22, 2011

. Final Exam Mood .

ok. ini lah reaksi bile dah x tahu nk merepek ape lagi dalam exam.

hye. peps, sedang2 berbusy dengan final exam , aku masih mampu berbelog. ini menunjukkan bahawasanya aku sungguh gemar berbelog. ok. sebenarnya x de busy pon minggu ni. actually, aku ade gap sebelum exam seterusnya. penat study movie selama cuti gap ni, HAHAHA. Ni baru nk start balik study. aku mmg nak mati. dah tahu ader killer paper, x nak study awal2. mmg aku cari nahas yg sekse.

Tapi lepas exam aku slalu feeling2 confident je jawab. klau member tanyer " wei ko boleh dowh soalan tadi? aku cam puks doh menjawab soalan td."
expressi aku :
"owwh soalan tu, boleh laa. aku jawab 3 pages je soalan tu".

Padahal pada azalinya aku rasa mcm :
"Cilanat nye soalan ape mcm tadi tu ?! x belajar ponnn. aarghhh, damn ! Hawau betol soalan tuhh, ppffhh"

baru lepas azab durjana 3 paper. lagi menanti 3 paper yg lebih azab yg nauzubillah. Wish me luck bloggers sekalian alam !! get ready untuk study secara mengejut dengan pecutan lipas kudung . Get set, ready, GO !!!

Kawan - kawan jangan lupe doakan saya ye . ^^

Tuesday, April 12, 2011

. Aduhai .

Sorry bloggers. X sempat nk update lahh. tengah Final exam ni.
Nanti lepas final aku janji aku update puas2. HAHAAHA