Followers

Saturday, November 3, 2012

Voyage To Vietnam

Assalamualaikum semuaa ! Ape lama takk jumpe semua kan. Dah nak cukup setahun dah aku tak update blog. Gosh banyaknye sawang dalam blog ni, Ok hambarnye aku rase. takpe, btw hari ini aku rase terlalu berat untuk membuat assignment, sebab aku tahu aku pemalas.So, aku nekad nak update sikit blog ini. eh lupe plak, aku ni dah pelajar tahun akhir, jadinya sedikit sibuk lah dengan bende-bende ilmiah. haha aku cakap tunggang-langgang, nokharun ! godek-godek laptop, then aku tersenyum sebab jumpe bahan utk dibuat entri. Aherhehrhehr..
heyearghhh, ade bahan, wa ade bahan doe !

Pada awal bulan April haritu aku dan rakan-rakan seperjuangan telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Vietnam. Ya, Vietnam. Merah Kuning benderanye tuh. Pergi ke sana selama 4 hari memang cukup memuaskan jiwa nafsu serakah semua orang yg pergi. best wooo. meh sini aku tunjukkan sikit-sikit gegamabo menarik, Ya, gambar menarik maksud aku, adalah gambar aku. Ahehrhehrhehre.

Ni rombongan Kak Melah dekat LCCT sebelom diterbangkan ke Vietnam. Aku rasa mcm nak pergi berperang. Ya, berperang maksud aku bercuti. Ok Hambar lagi, maaf.

Ok, ni pulok masa dekat kawasan Cu Chi Tunnel, tempat dyorang perang-perang dulu, see kan aku dah cakap mcm nak pergi berperang ! Tunnel ni sangat dalam hoi, kesah-kesah mase dyorg perang lagi sedih dan menakutkan. Aku malas citer, korang pergi google je ape sejarah tunnel ni.

nampak tak ni aku masuk dalam lubang ni. Cemas tahu bila tak nampak jalan keluar kat depan, dah laa tak boleh nak ngundur. kalau gemuk, anda dinasihatkan jangan masuk tunnel ni. Nanti korang sesak nafas, pastu mati, nanti susah nak keluarkan tahu.

Ni antara perangkap yg orang-orang dulu buat. Ni perangkat yg aku pegang ni, memang kene tepat dekat alat sulit ok. Ya, aku kata alat sulit, ulang pengumuman, Ya, aku kata alat sulit.

Balik berperang tu, kiteorg g laah shopping. membeli belah di Vietnam ni selalu nk buat aku mengamuk. Ya, nak mengamuk dengan org Vietnam ni. Dah laa tarik-tarik orang pakse beli, beli org taknak beli ko mengumpat. Hey ko ingat aku tak tahu ape ko cakap dlm bahasa ko? Blerghhhh.

Next day kiteorang nak boat woi. Merentas Sungai Mekong nak pergi ke Pulau bende ntah dyorg buat gula-gula kelapa kat situ. Pastu mase tengok dyorg packing gula-gula tu, aku nampak pekerja dia korek idung pastu sambung balik buat packaging. Pastu dyorg suruh rasa, memang TIDAK aah. Blerrghh

Lepas dah lenguh tengok dyorg buat gula-gula bagai tu. Kiteorg disogok pulak dengan buah-buahan tempatan dia. Hmmm same je laa dengan Malaysia, jangan expect buah-buah dyorg pelik sangat ya. Di bagi sekali dengan air teh payau. Yaickkss..

Lepas kenyang tu, kiteorang kene pulak naik sampan, YA sampan bukan boat. Seriau bangat naik sampan ni. Aku rasa mcm nak terbalik je naik sampan ni, terubang-ambing sangat. lagi-lagi sebab naik dengan Arniza, Ahehrehehre. Dah laa sesak banyak sampan-sampan lain jugak, asyik nak berlanggo je plok tu. Dyorg memasing semak laa mintak TIPS TIPS TIPS. Biasalaah tu kaan, Ahehrehrher. 


Hah ni bila dah sampai balik dah kat jeti Sungai Mekong tu. Loncat sikatak loncat sikit pastu ready nak balik nak gi makan. Makanlah paling heaven kat sini. Ahehrehrhehrer.



Sesiapa nak g Vietnam pergi lah, bukan susah pon nak cari kedai-kedai halal kat sini. Ade tu ade laah, tapi mahal sikit laah. Milo Dinosaur 5MYR, tapi berpatutan sebab sangat sodaaap. Ahehrehhere..

Hah, ni aku bersama AsSharif sang Ketua Pengarah ke Vietnam ni. Ahehreherhe, nampok takk baju bendera-bendera negara tu. Lawo kann ! aku ni baju bendera Malaysia pon tadek, bendera negara org lain ade plak. HAHHAHA

Ni dekat night market, huishh epik ni epik. Tiap-tiap malam kat Vietnam wajib pergi Night Market ni. Kat sini lahh tempat nak bergaduh dengan org-org Vietnam. Kiteorg gaduh sebab fight harga-harga barang kat sini. Rabeah Khamis kepala dia yg asyik gaduh dengan orang-org vietnam. Ahehrehreh, All Hail Our Mafia..

Ni last day sebelom balik Malaysia balik, kiteorg singgah kejap kat Hard Rock Cafe. Singgah sahaja, Ya singgah dah tak de duit dah nak g beli barangan kat situ. Dong sudah habessss...














Bangunan-bangunan yang ada di Vietnam. Ade banyak peninggalan sejarah diorang yang masih di kekal dan dijadikan spot-spot pelancongan. Cara bagus untuk tingkatkan ekonomi negara mereka. Ahehrhehre..



Aku dengan wajah penat namun penuh sabar menuggu flight untuk pulang ke negara tercinta Malaysia. Pergi negara orang akan membuatkan diri kita lebih bersyukur dan menyayangi negara kita sendiri. Malaysia aman, membangun dan jauh lebih stabil daripada sesebuah negara lain. Let's rejoice ourself as Malaysian !


THEN, GOOD BYE VIETNAM :D

No comments: