Followers

Showing posts with label Bangi. Show all posts
Showing posts with label Bangi. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

. TOLONG KAMI DALAM IKON VARSITI BERITA HARIAN .





Hai semua, I'm back, sekejap je ni just nak mintak tolong kepada semua untuk mengundi saya dan kumpulan saya sebagai IKON VARSITI BERITA HARIAN 2012. Saya dan kumpulan tercalon dalam Projek Khidmat Sosial Luar Negara, Eksplorasi Vietnam. Nak kene ramai yang mengundi ni, sebab pencabar-pencabar kumpulan kami memang kuat-kuat belaka heh.



JADI UNDILAH SAYA, PLEASEE..

Langkahnye mudah je, semudah 1 2 3, klik link IKON VARSITI BH atau IKON VARSITI EXPLORASI VIETNAM (kalau klik link ni akan terus dibawa kepada langkah ke-3, lagi senang kan?) dan ikut je langkah-langkah ini ;

LANGKAH SATU :

LANGKAH DUA :

LANGKAH 3

Tolong undi cepat-cepat tau sebab tarikh tutup undian adalah pada 16 Januari 2013. 
Apa-apa pun kepada semua Selamat Tahun Baru dan Babai 2012.

TOLONG YA, SAYANG CHUOLS. HEHE


Sunday, December 23, 2012

. My So-called Image Development, HAHA .

HAI SEMUA, MALAS CAKAP, JOM TENGOK !

INI MASA TADIKA, GRADUATION DAY UOLSS, 
I KNOW ITS CUTE HAH ? HAHA (1996)
|
|
|
V

INI PULAK ZAMAN SEKOLAH MENENGAH DALAM KONGKONGAN, 
UGHH HUDUH HUDUHNYE, KENALKAN MANE SATU AKU?
[INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK, PEKAN] (2006)
|
|
|
V

INI ZAMAN ASASI UNDANG-UNDANG UiTM, 
YEAH RAMBUT LURUS, LURUS ULANG LURUS, 
REMAJA YG EXPERIMENTING & RIMAS, AKU TAK SUKE (2009)
|
|
|
V
POST-ASASI UNDANG-UNDANG, GATHERING KENGKAWAN (2010)
|
|
|
V

AWAL MENJADI JAKSA [JAWATANKUASA SISWA SISWI] DI UKM (2011)
|
|
|
V
MASA BILE NTAH NI, FEELING VOGUE LETTEW (-_-) (2011)
|
|
|
V
UGRGHH, DEKAT BIG BAD WOLF 2011, MAAFKANLAH RAMBUT AKU TU, HINA.
|
|
|
V
CHOOSE TO BE BOTAK ON 1st JANUARY 2012 ! LIKE IT (2012)
EH BAJU SAME DENGAN GAMBO ATAS NI PULAK, 
ALA AKU TAK BANYAK BAJU, JADI SILA BELANJA BAJU !!
|
|
|
V
PERTENGAHAN TAHUN 2012
|
|
|
V
PENGHUJUNG 2012

Tudia, jangan la expect yang muka  aku berubah eh, aku takde buat pembedahan plastik pun lagi. 
So mcm itu je lahh yg jadinya. Go Natural temanya ! so, Go Natural and stay cute ah !

NO WAY KHAI, U NO CUTE LIKE ME ! PPFFHHH









Saturday, November 3, 2012

Voyage To Vietnam

Assalamualaikum semuaa ! Ape lama takk jumpe semua kan. Dah nak cukup setahun dah aku tak update blog. Gosh banyaknye sawang dalam blog ni, Ok hambarnye aku rase. takpe, btw hari ini aku rase terlalu berat untuk membuat assignment, sebab aku tahu aku pemalas.So, aku nekad nak update sikit blog ini. eh lupe plak, aku ni dah pelajar tahun akhir, jadinya sedikit sibuk lah dengan bende-bende ilmiah. haha aku cakap tunggang-langgang, nokharun ! godek-godek laptop, then aku tersenyum sebab jumpe bahan utk dibuat entri. Aherhehrhehr..
heyearghhh, ade bahan, wa ade bahan doe !

Pada awal bulan April haritu aku dan rakan-rakan seperjuangan telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Vietnam. Ya, Vietnam. Merah Kuning benderanye tuh. Pergi ke sana selama 4 hari memang cukup memuaskan jiwa nafsu serakah semua orang yg pergi. best wooo. meh sini aku tunjukkan sikit-sikit gegamabo menarik, Ya, gambar menarik maksud aku, adalah gambar aku. Ahehrhehrhehre.

Ni rombongan Kak Melah dekat LCCT sebelom diterbangkan ke Vietnam. Aku rasa mcm nak pergi berperang. Ya, berperang maksud aku bercuti. Ok Hambar lagi, maaf.

Ok, ni pulok masa dekat kawasan Cu Chi Tunnel, tempat dyorang perang-perang dulu, see kan aku dah cakap mcm nak pergi berperang ! Tunnel ni sangat dalam hoi, kesah-kesah mase dyorg perang lagi sedih dan menakutkan. Aku malas citer, korang pergi google je ape sejarah tunnel ni.

nampak tak ni aku masuk dalam lubang ni. Cemas tahu bila tak nampak jalan keluar kat depan, dah laa tak boleh nak ngundur. kalau gemuk, anda dinasihatkan jangan masuk tunnel ni. Nanti korang sesak nafas, pastu mati, nanti susah nak keluarkan tahu.

Ni antara perangkap yg orang-orang dulu buat. Ni perangkat yg aku pegang ni, memang kene tepat dekat alat sulit ok. Ya, aku kata alat sulit, ulang pengumuman, Ya, aku kata alat sulit.

Balik berperang tu, kiteorg g laah shopping. membeli belah di Vietnam ni selalu nk buat aku mengamuk. Ya, nak mengamuk dengan org Vietnam ni. Dah laa tarik-tarik orang pakse beli, beli org taknak beli ko mengumpat. Hey ko ingat aku tak tahu ape ko cakap dlm bahasa ko? Blerghhhh.

Next day kiteorang nak boat woi. Merentas Sungai Mekong nak pergi ke Pulau bende ntah dyorg buat gula-gula kelapa kat situ. Pastu mase tengok dyorg packing gula-gula tu, aku nampak pekerja dia korek idung pastu sambung balik buat packaging. Pastu dyorg suruh rasa, memang TIDAK aah. Blerrghh

Lepas dah lenguh tengok dyorg buat gula-gula bagai tu. Kiteorg disogok pulak dengan buah-buahan tempatan dia. Hmmm same je laa dengan Malaysia, jangan expect buah-buah dyorg pelik sangat ya. Di bagi sekali dengan air teh payau. Yaickkss..

Lepas kenyang tu, kiteorang kene pulak naik sampan, YA sampan bukan boat. Seriau bangat naik sampan ni. Aku rasa mcm nak terbalik je naik sampan ni, terubang-ambing sangat. lagi-lagi sebab naik dengan Arniza, Ahehrehehre. Dah laa sesak banyak sampan-sampan lain jugak, asyik nak berlanggo je plok tu. Dyorg memasing semak laa mintak TIPS TIPS TIPS. Biasalaah tu kaan, Ahehrehrher. 


Hah ni bila dah sampai balik dah kat jeti Sungai Mekong tu. Loncat sikatak loncat sikit pastu ready nak balik nak gi makan. Makanlah paling heaven kat sini. Ahehrehrhehrer.



Sesiapa nak g Vietnam pergi lah, bukan susah pon nak cari kedai-kedai halal kat sini. Ade tu ade laah, tapi mahal sikit laah. Milo Dinosaur 5MYR, tapi berpatutan sebab sangat sodaaap. Ahehrehhere..

Hah, ni aku bersama AsSharif sang Ketua Pengarah ke Vietnam ni. Ahehreherhe, nampok takk baju bendera-bendera negara tu. Lawo kann ! aku ni baju bendera Malaysia pon tadek, bendera negara org lain ade plak. HAHHAHA

Ni dekat night market, huishh epik ni epik. Tiap-tiap malam kat Vietnam wajib pergi Night Market ni. Kat sini lahh tempat nak bergaduh dengan org-org Vietnam. Kiteorg gaduh sebab fight harga-harga barang kat sini. Rabeah Khamis kepala dia yg asyik gaduh dengan orang-org vietnam. Ahehrehreh, All Hail Our Mafia..

Ni last day sebelom balik Malaysia balik, kiteorg singgah kejap kat Hard Rock Cafe. Singgah sahaja, Ya singgah dah tak de duit dah nak g beli barangan kat situ. Dong sudah habessss...














Bangunan-bangunan yang ada di Vietnam. Ade banyak peninggalan sejarah diorang yang masih di kekal dan dijadikan spot-spot pelancongan. Cara bagus untuk tingkatkan ekonomi negara mereka. Ahehrhehre..



Aku dengan wajah penat namun penuh sabar menuggu flight untuk pulang ke negara tercinta Malaysia. Pergi negara orang akan membuatkan diri kita lebih bersyukur dan menyayangi negara kita sendiri. Malaysia aman, membangun dan jauh lebih stabil daripada sesebuah negara lain. Let's rejoice ourself as Malaysian !


THEN, GOOD BYE VIETNAM :D

Wednesday, December 21, 2011

Tuesday, December 20, 2011

. Etnik Kreatif Inter-College Dance Competition.

ok people, This is a quick and simple post daripada Beta ok.
lebih sebulan dan aku tak haptetek blog ini kan, so hari ni aku free sikit. Harus aku update kalau tak nak kene caruut dgn followers ok.Last week aku dgn Team AdreTari kolej join satu pertandingan tarian tema etnik kreatif kat UKM leer.
FYI, kami masuk pertandingan pun x ada choreographer yg sudi ajar mcm kolej-kolej lain. So, aku buat keputusan untuk choreograph sendiri tarian tu dengan bantuan rakan-rakan lain dgn budak2 tarian sendiri. Hasilnye, kami ambil base tarian daripada Etnik Borneo kaum Bajau. Tarian Igal-Igal yg kami kreatifkan sikit. Haaa mampu?
Kali ini, kami tak target nak menang langsung, cume utk enjoy dan dedahkan para penari baru mcmane nk perform lain kali pada mase depan, kire learning process la utk dyorg ni. Ini lah antara hasilnya masa kami bertanding tu.
|
|
|
V
Ini lepas makeup kat bilik Kebud KDO, bersiap siap nak beraksi duh

Gegirl punye step & flow-pattern before jejans masuk.

Hah nampak tuh? kompiden kan riak wajah kekar & ganas aku tu.

Lihat aku berlifting bagai tu hah, ending feeling-feeling meletop ok.

Hasilnya, walaupun kami tak menang & byk komen dr juri tu *maklumlah tarian buat sendiri*, yg mengejutkan tu kami menang Anugerah Kumpulan Harapan Terbaik. Oklah tu untuk kelab tarian yg super amatur mcm kami ni. Bukan senang nak dapat mane-mane anugerah ok.
Terima Kasih Tuhan =D
Sekian, Okbye

Saturday, October 22, 2011

. Hilang Kemaluanku .

Salam bloggers. Ini post ringkas dan sangat laju untuk hari ni yep.
Bila aku cakap hilang kemaluan ni ;

Jgn pikir benda lain ok. aku babap kang !

Kan hari ni hari Sabtu, so aku bangun awal dan keadaan kolej sangat sunyi. Aku bajet2 lah semua budak2 keluar g lepak2 kat Econsave ke Mydin ke sbb cuti kan.
So, bg mengelak kesunyian aku bukak video-video, lepas tu karok sekuat hati sepenoh perasaan, mase tu aku nyanyi lagu Keristina Agulera.
"would you tell me I'm was wrong . . .bla . . bla . . "


Tup-tup- tup rupenye sblm aku berkarok tadi, lepas aku gi tandas aku lupe nk kunci pintu bilik, masa aku tengah nyanyi, feeling-feeling tengah nak hit note-note Meriah Kerey, tibe angin tiup & terbukak pintu bilik aku seluas alam, dengan timing yg celaka ada sorang orang lalu, pastu pandang aku macam ;


aku lepas tu ape lagi kann ;

terus feeling cantik buat2 mcm takde ape yg berlaku pon tadi.
padahal dlm hati aku perghhh malu laa celaka, dah laa aku menjerit cam haram tadi dgn suara good morning nye.

image
Uwaaaaaaa, malu nye aku !!! =.=