Followers

Showing posts with label Suka Hati. Show all posts
Showing posts with label Suka Hati. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Anda Tak Puas Hati Dengan Jerawat?


Hai hai semua. Hari ini saya share sedikit dengan kamu semua especially kepada yang sangat-sangat menekankan penjagaan kulit wajah daripada cik jer yg lahanat itu. Yeah saya tahu semuanya benci cik jer tu kaan, bila tumbuh sebijik kat muka rasa dunia ni macam dah berakhir. I'm dying world, I'm dying. 


Hey siapa boleh keluar ke dunia yang nyata dengan sebonjot jerawat di atas dahi? NOO ! Tapi masyarakat kini banyak salah anggap cakap resdung ni punca jerawat. Lepas tu putus asa nak bersihkan jerawat daripada muka sebab penyakit resdungnya tak kebah-kebah lagi. Hey kamu tak reti nak berusaha ke ?! Resdung buat pengetahuan semua bukanlah punca jerawat ye. Bak kata Dr Hasseenah dalam blog dia cakap :


"Tetapi ramai tersalah anggap yang gejala jerawat berpunca daripada penyakit resdung yang dihidapi oleh kebanyakkan orang. Maaf saya katakan tapi ianya tidak benar sama sekali. Resdung adalah sejenis alahan yang kebanyakkannya dihidapi secara turun temurun. Simptom penyakit resdung ini menyebabkan hidung, mata dan kulit muka mengalami kegatalan yang teramat.
Resdung terangsang akibat bahan-bahan punca alahan seperti habuk atau bila terdapatnya perubahan cuaca atau suhu di mana hidung akan mula berair, mata dan kulit muka pula akan kegatalan. Apabila kita menggaru kulit muka kita dengan kuku, barulah ia menjadi punca jerawat, iaitu melalui jangkitan kuman yang dibawa oleh kuku ke atas kulit muka. Maknanya, anda tidak boleh mengubati jerawat dengan melakukan rawatan resdung kerana ia adalah dua penyakit yang berbeza." 

Come on people, use your brain !
Hah ! ko nampak tak? nampak? So jangan buat alasan ye. Jangan redho sangat dengan jerawat sebab katenye ko ade resdung. Mohon cari jalan penyelesaian. Haku ni pon dulu berjerawat theruk jugak hek. punyerlah banyak produk aku pakai jangan tak hengat aku tak choba Sendayu Tinggi tapi failed jugak. Tensi aku melabur banyak dalam produk kulit berjerawat ni. 


Tetapi aku tabah mencari produk lain. Ekceli aku ade last option, hati kecilku berkata, kalau produk last ni tak jalan jugak. Aku redho. Aku pon mencuba lahh ProActiv Solution as my last solution on acne. Aku membeli dengan harga 199MYR, agak expensive tapi I'm desperately need to try this. Dengan harga itu dapat satu Renewing Cleanser, satu Revitalising Toner, satu Repairing Lotion dan satu Refining Mask. Aku mula pakai pada tahun 2010. Kene pakai ikut instruction dia dua kali sehari sahaja. Kata akak yg kerja dekat HQ Proactiv ni dlu, jangan cuci muka lebih daripada dua kali sebab ia akan membebankan kulit dan merengsa jerawat-jerawat yang ada. So aku ikut and dalam masa seminggu, seriusly jerawat dah makin hilang dan hilang ! Kemain lagi aku gembiro dik. Syukur aku melabur tak sia-sia. Aherehrhehrerhehr.
I'm so excited and I'm Happy with the result !
Sampai ke hari ni aku pakai Proactiv Solution ni, tapi aku jahat sikit lah memakainya. Memandangkan aku student yang tidak kayo, aku pakai bila perlu je sebab kulit muka pon dah elok, so aku pakai bila tiba-tiba rasa mcm ade jerawat baru nak naik je dan sangat jaranglah tapinya. Untuk daily wash pon aku pakai pencuci muka Hada Labo biasa dengan Toner dia. Ahehrehrher. Jadinya, itulah kaedahnya regim facial aku sehingga kini. Aku percaya 100% dengan Proactiv Solution, Terima Kasih Proactiv :D

Saturday, November 3, 2012

Voyage To Vietnam

Assalamualaikum semuaa ! Ape lama takk jumpe semua kan. Dah nak cukup setahun dah aku tak update blog. Gosh banyaknye sawang dalam blog ni, Ok hambarnye aku rase. takpe, btw hari ini aku rase terlalu berat untuk membuat assignment, sebab aku tahu aku pemalas.So, aku nekad nak update sikit blog ini. eh lupe plak, aku ni dah pelajar tahun akhir, jadinya sedikit sibuk lah dengan bende-bende ilmiah. haha aku cakap tunggang-langgang, nokharun ! godek-godek laptop, then aku tersenyum sebab jumpe bahan utk dibuat entri. Aherhehrhehr..
heyearghhh, ade bahan, wa ade bahan doe !

Pada awal bulan April haritu aku dan rakan-rakan seperjuangan telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Vietnam. Ya, Vietnam. Merah Kuning benderanye tuh. Pergi ke sana selama 4 hari memang cukup memuaskan jiwa nafsu serakah semua orang yg pergi. best wooo. meh sini aku tunjukkan sikit-sikit gegamabo menarik, Ya, gambar menarik maksud aku, adalah gambar aku. Ahehrhehrhehre.

Ni rombongan Kak Melah dekat LCCT sebelom diterbangkan ke Vietnam. Aku rasa mcm nak pergi berperang. Ya, berperang maksud aku bercuti. Ok Hambar lagi, maaf.

Ok, ni pulok masa dekat kawasan Cu Chi Tunnel, tempat dyorang perang-perang dulu, see kan aku dah cakap mcm nak pergi berperang ! Tunnel ni sangat dalam hoi, kesah-kesah mase dyorg perang lagi sedih dan menakutkan. Aku malas citer, korang pergi google je ape sejarah tunnel ni.

nampak tak ni aku masuk dalam lubang ni. Cemas tahu bila tak nampak jalan keluar kat depan, dah laa tak boleh nak ngundur. kalau gemuk, anda dinasihatkan jangan masuk tunnel ni. Nanti korang sesak nafas, pastu mati, nanti susah nak keluarkan tahu.

Ni antara perangkap yg orang-orang dulu buat. Ni perangkat yg aku pegang ni, memang kene tepat dekat alat sulit ok. Ya, aku kata alat sulit, ulang pengumuman, Ya, aku kata alat sulit.

Balik berperang tu, kiteorg g laah shopping. membeli belah di Vietnam ni selalu nk buat aku mengamuk. Ya, nak mengamuk dengan org Vietnam ni. Dah laa tarik-tarik orang pakse beli, beli org taknak beli ko mengumpat. Hey ko ingat aku tak tahu ape ko cakap dlm bahasa ko? Blerghhhh.

Next day kiteorang nak boat woi. Merentas Sungai Mekong nak pergi ke Pulau bende ntah dyorg buat gula-gula kelapa kat situ. Pastu mase tengok dyorg packing gula-gula tu, aku nampak pekerja dia korek idung pastu sambung balik buat packaging. Pastu dyorg suruh rasa, memang TIDAK aah. Blerrghh

Lepas dah lenguh tengok dyorg buat gula-gula bagai tu. Kiteorg disogok pulak dengan buah-buahan tempatan dia. Hmmm same je laa dengan Malaysia, jangan expect buah-buah dyorg pelik sangat ya. Di bagi sekali dengan air teh payau. Yaickkss..

Lepas kenyang tu, kiteorang kene pulak naik sampan, YA sampan bukan boat. Seriau bangat naik sampan ni. Aku rasa mcm nak terbalik je naik sampan ni, terubang-ambing sangat. lagi-lagi sebab naik dengan Arniza, Ahehrehehre. Dah laa sesak banyak sampan-sampan lain jugak, asyik nak berlanggo je plok tu. Dyorg memasing semak laa mintak TIPS TIPS TIPS. Biasalaah tu kaan, Ahehrehrher. 


Hah ni bila dah sampai balik dah kat jeti Sungai Mekong tu. Loncat sikatak loncat sikit pastu ready nak balik nak gi makan. Makanlah paling heaven kat sini. Ahehrehrhehrer.



Sesiapa nak g Vietnam pergi lah, bukan susah pon nak cari kedai-kedai halal kat sini. Ade tu ade laah, tapi mahal sikit laah. Milo Dinosaur 5MYR, tapi berpatutan sebab sangat sodaaap. Ahehrehhere..

Hah, ni aku bersama AsSharif sang Ketua Pengarah ke Vietnam ni. Ahehreherhe, nampok takk baju bendera-bendera negara tu. Lawo kann ! aku ni baju bendera Malaysia pon tadek, bendera negara org lain ade plak. HAHHAHA

Ni dekat night market, huishh epik ni epik. Tiap-tiap malam kat Vietnam wajib pergi Night Market ni. Kat sini lahh tempat nak bergaduh dengan org-org Vietnam. Kiteorg gaduh sebab fight harga-harga barang kat sini. Rabeah Khamis kepala dia yg asyik gaduh dengan orang-org vietnam. Ahehrehreh, All Hail Our Mafia..

Ni last day sebelom balik Malaysia balik, kiteorg singgah kejap kat Hard Rock Cafe. Singgah sahaja, Ya singgah dah tak de duit dah nak g beli barangan kat situ. Dong sudah habessss...














Bangunan-bangunan yang ada di Vietnam. Ade banyak peninggalan sejarah diorang yang masih di kekal dan dijadikan spot-spot pelancongan. Cara bagus untuk tingkatkan ekonomi negara mereka. Ahehrhehre..



Aku dengan wajah penat namun penuh sabar menuggu flight untuk pulang ke negara tercinta Malaysia. Pergi negara orang akan membuatkan diri kita lebih bersyukur dan menyayangi negara kita sendiri. Malaysia aman, membangun dan jauh lebih stabil daripada sesebuah negara lain. Let's rejoice ourself as Malaysian !


THEN, GOOD BYE VIETNAM :D

Wednesday, December 21, 2011

Tuesday, December 20, 2011

. Etnik Kreatif Inter-College Dance Competition.

ok people, This is a quick and simple post daripada Beta ok.
lebih sebulan dan aku tak haptetek blog ini kan, so hari ni aku free sikit. Harus aku update kalau tak nak kene caruut dgn followers ok.Last week aku dgn Team AdreTari kolej join satu pertandingan tarian tema etnik kreatif kat UKM leer.
FYI, kami masuk pertandingan pun x ada choreographer yg sudi ajar mcm kolej-kolej lain. So, aku buat keputusan untuk choreograph sendiri tarian tu dengan bantuan rakan-rakan lain dgn budak2 tarian sendiri. Hasilnye, kami ambil base tarian daripada Etnik Borneo kaum Bajau. Tarian Igal-Igal yg kami kreatifkan sikit. Haaa mampu?
Kali ini, kami tak target nak menang langsung, cume utk enjoy dan dedahkan para penari baru mcmane nk perform lain kali pada mase depan, kire learning process la utk dyorg ni. Ini lah antara hasilnya masa kami bertanding tu.
|
|
|
V
Ini lepas makeup kat bilik Kebud KDO, bersiap siap nak beraksi duh

Gegirl punye step & flow-pattern before jejans masuk.

Hah nampak tuh? kompiden kan riak wajah kekar & ganas aku tu.

Lihat aku berlifting bagai tu hah, ending feeling-feeling meletop ok.

Hasilnya, walaupun kami tak menang & byk komen dr juri tu *maklumlah tarian buat sendiri*, yg mengejutkan tu kami menang Anugerah Kumpulan Harapan Terbaik. Oklah tu untuk kelab tarian yg super amatur mcm kami ni. Bukan senang nak dapat mane-mane anugerah ok.
Terima Kasih Tuhan =D
Sekian, Okbye

Saturday, October 22, 2011

. Hilang Kemaluanku .

Salam bloggers. Ini post ringkas dan sangat laju untuk hari ni yep.
Bila aku cakap hilang kemaluan ni ;

Jgn pikir benda lain ok. aku babap kang !

Kan hari ni hari Sabtu, so aku bangun awal dan keadaan kolej sangat sunyi. Aku bajet2 lah semua budak2 keluar g lepak2 kat Econsave ke Mydin ke sbb cuti kan.
So, bg mengelak kesunyian aku bukak video-video, lepas tu karok sekuat hati sepenoh perasaan, mase tu aku nyanyi lagu Keristina Agulera.
"would you tell me I'm was wrong . . .bla . . bla . . "


Tup-tup- tup rupenye sblm aku berkarok tadi, lepas aku gi tandas aku lupe nk kunci pintu bilik, masa aku tengah nyanyi, feeling-feeling tengah nak hit note-note Meriah Kerey, tibe angin tiup & terbukak pintu bilik aku seluas alam, dengan timing yg celaka ada sorang orang lalu, pastu pandang aku macam ;


aku lepas tu ape lagi kann ;

terus feeling cantik buat2 mcm takde ape yg berlaku pon tadi.
padahal dlm hati aku perghhh malu laa celaka, dah laa aku menjerit cam haram tadi dgn suara good morning nye.

image
Uwaaaaaaa, malu nye aku !!! =.=

. Wajah Artis Lepas GaGa Muncul .

Maaflah kalau malam ni aku terlalu Hyper mengupdate, yelahh dulu tak sempat menyempat nak update kann. hari ni aku nak korang semua tengoklah mcmane kuatnye iblis GaGa yg mampu merasuk artis-artis lain. Antara artis yang sibuk nak niru GaGa ni ;

1. Nicki Minaj ; Tengok awal2 dulu muka mcm budak2 sekolah yg takut dengan cikgu, lepas GaGa muncul je, hamboi terus bertukar jadi mcm Barbie Doll @ Babi-samdol ;D


2. Christina Aguilera ; Ini artis peberet aku, suara pon ada iras-iras aku. Sebelum GaGa muncul, serius santekk & nampak mcm wanita matang tapi lepas kene rasuk dgn Iprit GaGa dah jadi mcm HaramJa aku tengok. Album Bionic aku tak beli pon :/


3. Beyonce ; Ini pon idola aku gak kalau bab-bab karok ni. aku suka sbb dia dulu comel sangat. Skrng fesyen dia dah mcm pelik-pelik sikit, kne jugak tempias GaGa tu.


4. Rihanna ; Pompuan suara robot yg nyanyi live susah nak dengar sedap. Dulu muka succi mcm kanak-kanak Somalia yg tidak berdosa tp sekarang baju pakai lilit2 duri je. Pelik-pelik, sibuk nak tiru GaGa.

5. Katy Perry ; Ini awek super hawttt derr. Dulu dgn pakaian sopan rase delicious je dia ni kan even suara tak kemana pon. makin lama makin nauzubillah fesyen dia. ishh ishh ishhh.

Tak cukup kat oversea kat Malaysia pon GaGa berjaya hantar saka dan segala pelesit dia, Didie Alias, Enot semua dah kene dah. Tapi kita yg bagusnya lah kat Malaysia ni Lady GaGa main tukar2 fesyen dgn Dato' Siti, tak caya tengok nie apa aku jumpe :
**fengsan japp

Friday, October 21, 2011

. BlackBerry Memang Hampeh .

pissed off takk muke gua?

Ok,. aku tengah maha pissed off dengan BB aku sekarang ni, bukan sekali dua dia mempermainkan perasaan aku, taktahu la kalau aku ganas sangat ke memicit keypad, tp aku rasa takk pon. dah banyak kali dah ni, hazaaab pnyer BB, nak kate aku beli China punye, takk pulak sbb mmg aku beli ori. Marahnya aku ! sebab BB ni, aku selalu je bad mood sorang. Huh !

lahabau punyer BB

aku naik angin bersebab bulan lepas BB aku pnye keypad rosak sebijik. Hurup A kannot picit. aku bajet boleh tuka keypad yg 10 hengget mcm pakai Nokia 3310, rupenye tak. sebijik keypad tukar RM 160, tak menyirap? aku dengar je RM 160 aku rasa panas sial.

hoi, tak kelakar lah mahal mcm tuh !

Sirap tak sirap aku suruh bapak aku hantar kdai. lepas tu elok lahh sikit. Lege sikit guna. Tapi tadi, jadi HaramJadah balik. aku tekan-tekan, Keypad E pulak tak bole pakai. bile aku tau dia rosak lagi aku rse mcm. . .&^&^*()*)(*

siot kau rosak lagi, celaka pnyer BB !

Aku dah feeling nak hentak BB tadi. pastu aku sms abah cakap hset rosak. Pastu dengan laju abah reply cakap " hantar lah baiki" . aku cm mengeluh and cakap.

Oh God no ! pokai la klu sebijik keypad dekat 200 hengget. Taknak lahh

pastu abah aku reply lagi "hantar je kedai, nnti abah bayar laa baiki tu". aku pon reply cakap "ok, nnti tengok lah kdai mana yg bole baiki murah". Then abah reply lagi "Ke nak tukar yg lain?" aku baca rasa mcm ;

Omaigot, omaigot ! happy gile siot ! yaaaawy!

tp dengan tenang aku reply "banyak duit nak beli baru." then abah reply "nanti abah support lahh". pastu aku lagi lahhh wooooot woooot.

I'm super dupper happy gila babi !!

Ni esok abah suruh balik umah untuk usha henset baru. tapi aku tak suka henset kat Seremban, harga cam haramJa sangat mahal. aku feeling2 nak dapat HTC, hahaha.


<< next page >>