Followers

Sunday, December 28, 2008

lisda n fauzi menang..nasib baik..


Kehangatan malam ini menjadi saksi kemenangan pasangan Lisda & Fauzi. Setelah berjuang selama sepuluh minggu akhirnya malam ini pasangan Lisda & Fauzi telah dinobatkan sebagai Juara Sehati Berdansa musim kedua dalam Kemuncak Sehati Berdansa yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya menjadi saksi segalanya. Kehangatan Kemuncak Sehati Berdansa pastinya menjadi memori indah buat semua yang hadir. Kedua-dua pasangan selebriti berjaya menampilkan persembahan yang cukup istimewa setanding dengan penari-penari profesional.

Walaubagaimanapun, nasib lebih menyebelahi pasangan Lisda & Fauzi. Gerak tari yang dipersembahkan oleh pasangan suami ini nampaknya berjaya memukau para penonton malam ini sekaligus membolehkan mereka memperoleh peratusan undian sms tertinggi berbanding pasangan Amyza & Khairil.

Berikut adalah peratusan undian yang berjaya diperoleh oleh kedua-dua pasangan selebriti selepas undian ditutup sebentar tadi.

Lisda & Fauzi 67.10%
Amyza & Khairil 32.90%

Pasangan Lisda & Fauzi selaku Juara Sehati Berdansa musim kedua berjaya membawa pulang sebuah kereta Kia Optima, pakej percutian ke Eropah Tengah untuk dua orang sumbangan Golden Deluxe Travel Service Agency Sdn. Bhd., barangan hamper dan juga Trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro.

Mereka yang turut mewakili badan kebajikan Rumah Nur Salam menyerahkan replika cek bernilai RM15000 kepada wakil badan amal tersebut, YM Raja Azizan Suhaimi Raja Abdul Latif.

Kemenangan Lisda & Fauzi sekaligus menobatkan Ray sebagai Juara kareografer yang akan membawa pulang pakej percutian ke Jepun untuk dua orang sumbangan Golden Deluxe Travel Service Agency Sdn. Bhd, barangan hamper serta trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro.

Ini sekaligus menandakan pasangan Amyza & Khairil serta koreografer mereka secara automatik menjadi Naib Juara Sehati Berdansa musim Kedua serta Naib Juara koreografer yang akan membawa pulang barangan hamper dan Trofi Sehati Berdansa sumbangan Astro selain berjaya mengumpul dana sebanyak RM10000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia.

Dengan itu terjawablah sudah segala persoalan. Kemuncak Sehati Berdansa telah melabuhkan tirainya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah mengundi dan sekaligus membantu badan-badan amal yang telah diwakili oleh kesemua pasangan selebriti sepanjang Sehati Berdansa musim kedua berlangsung.

fuh..lege gler aku yg menang lisda n fauzi berbaloi aku undi dieorg,klu amyza menang mlm tadi mmg aku hentam kat @15..ak dah agak dah voters khai n rosma gi undi lisda..mmg nampak sgt amyza 2 tak bes..bkn nk kutuk tapi laki die tak bes maner..bes khai ngan rosam lagi..patut die g final..baru r sengit skit..ak tak tau la saper undi amyza..bute mate ke bute hati..mmg konpius ak nie..tak dapat terima ngan otak..melainkan die undi diri sendiri baru la ak bley trime skit..herm..pe la..nie nak mule balik r penonton tak knl yg maner intan yg maner kace..yg berkualiti dah ader depan mate..nk jugak amik yg kurang dari 2..herm..kepada sesape yg tergeram ngan blog ak nie..sorry r sensangat coz ak just mencampakkan pandangan ak yg rabun nie..

No comments: