Followers

Wednesday, April 27, 2011

. Konsert Super Junior Free : Ada Yg Berminat? .

Ok. ade ke yg minat SUPER JUNIOR ni? mmg gila lah kalau cakap xde yg minat kan, HAHAHA. Ini mmg berita baik untuk peminat2 group ni. Mesti ada yg sampai histeria yg tgk benda ni kan. Ni aku x tipu, betul-betul free, mmg KONSERT FREE. mesti ramai yang mcm :

Homaigod homaigod homaigod , konsert SJ freeeee !

xde charge ape2 pon. xde kene beli air mineral atau sewaktu dengannya. Korang bawak diri yg excited gile tu je. Pastu jerit laa sampai keluar anak tekak ye. Jangan lupe 28 Mei ni, ape lagi set la jadual tu, buat alarm kat henset sekali. bawak nenek skali kalau minat. maklumat lanjut tgk sumber dari Bernama tu.

Selamat Histeria semua !

pilih- pilih yg mana satu korang nak CHOP ! haha

ade sape2 rasa nak pitam sekarang?


PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) -- Kumpulan muzik terkenal dari Korea, Super Junior M, akan mengadakan konsert percuma pada 28 Mei ini sempena Himpunan Sejuta Belia di sini.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata konsert itu bertujuan menarik lebih ramai belia menyertai sambutan yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis prapelancaran tiga segmen sempena sambutan tersebut iaitu Segmen Modal Insan, Segmen World Youth Fantasy dan Clash of the Bands, di sini Rabu.
Menyentuh segmen-segmen tersebut, Ahmad Shabery berkata di bawah Segmen Modal Insan, sebanyak 26 aktiviti dirancang termasuk khutbah Jumaat khas, Karnival Angkatan Tentera Malaysia, Karnival Polis Diraja Malaysia, Pesta Buku/Majalah dan Festival Amal Islami.
"Seramai 1,500 anggota tentera dan 500 anggota polis dijangka melibatkan diri dalam segmen ini, tidak termasuk jumlah anggota yang akan bertugas di setiap lokasi acara.
"Tadarus al-Quran berkonsepkan 1Ayat 1Quran 1Belia juga akan diadakan di mana ia melibatkan 6,326 peserta dan setiap peserta akan membaca satu potongan ayat al-Quran secara serentak. Jadi dalam masa tujuh minit seluruh ayat daripada al-Quran itu dapat digemakan," katanya.
Ahmad Shabery berkata bagi Segmen World Youth Fantasy pula, sebanyak 14 acara akan dijalankan termasuk pameran komputer dan elektronik, pameran kereta klasik dan vintaj, pameran hartanah dan perhiasan, pertandingan foto dan video, snuker 72 jam, pertunjukan tiga dimensi di bangunan pada waktu malam dan fiesta belia berbasikal.
Beliau berkata Segmen Clash of the Band pula merupakan kesinambungan daripada program yang dianjurkan sebelum ini, yang mana kumpulan muzik dari seluruh negara dijemput menyertainya dan pertandingan akhir akan diadakan pada 29 Mei.
Program yang diatur untuk sambutan tersebut bukan untuk berhibur semata-mata, sebaliknya mampu membuka minda, meningkatkan kreativiti, dan menambahkan ilmu pengetahuan dalam usaha pembangunan modal insan pada kalangan belia, katanya.



SUMBER : BERNAMA

1 comment:

Sara Hanapi said...

asl muka die mcm muka azrol ek